GCM Asia – Mengenai Kami

Mengapa GCMAsia?


GCMAsia adalah jenama perdagangan utama di rantau Asia Pasifik dan dalam jangka masa yang singkat, GCMAsia telah melengkapkan peringkat operasinya dan menubuhkan sepasukan kakitangan yang berpengalaman untuk memberi perkhidmatan profesional dan efisen kepada para pelanggan.

Ahli gabungan Fortrade Limited  


GCMAsia merupakan ahli gabungan Fortrade Limited, sebuah institusi kewangan UK yang dikawal selia oleh FCA, dan diberi kuasa untuk menawarkan perdagangan CFD kepada pelanggan dengan mematuhi semua peraturan oleh akaun mata wang asing. GCMAsia dan Fortrade Limited berasaskan skim organisasi yang membolehkan secure CFD dan perdagangan FX untuk para pelabur. Infrastruktur yang dibina akan didokumenkan mengikut peraturan dan dibawah pengawasan oleh pihak berkuasa.

Aspek kehidupan moden


GCMAsia memberi anda kebebasan untuk mengakses akaun anda melalui pelbagai jenis platform. Terdapat pelbagai alternatif yang serasi dengan peranti dari komputer ke iPhone atau peranti Android. Anda boleh memilih sistem yang sesuai dan akses ke akaun anda dengan kata laluan tunggal.

Pelbagai instrumen


Dagangan di GCMAsia tidak terhad kepada pariti pelaburan. Platform dagangan memberi anda pilihan untuk berdagang dalam mata wang utama, kecil dan salib serta mata wang eksotik. Emas, perak, platinum, tembaga, gandum, gula, soya, kopi, indeks dari bursa global, saham dan sebagainya ditawarkan di dalam kumpulan instrumen anda. Tidak kira apa pilihan pelaburan, anda akan mendapat instrumen pelaburan yang sesuai.

Analisis dan laporan


Penganalisis mengikuti perkembangan dengan teliti dan menyalurkan laporan analisis harian untuk membantu anda melabur dan menjana keuntungan. Laporan analisis pasaran terkini dan pariti terkemuka akan dihantar ke emel anda dengan segera. Laporan analisis akan diterbitkan di waktu pagi dan petang pada setiap hari minggu. Juga perspektif mingguan pada awal minggu. Di samping itu, perkembangan yang luar biasa dan peluang diketengahkan dengan artikel ad hoc. Kepada para akaun VIP, instrumen pelaburan anda akan diikuti teliti dan laporan terkini akan dihantar pada setiap masa.

Latihan terperinci dan mudah difahami


Salah satu prinsip teras GCMAsia adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran pelanggan disegi pelaburan, terutamanya memberi tumpuan kepentingan kepada pelanggan untuk mendapat pengalaman transaksi di pasaran kewangan. Perkhidmatan dan sumber latihan yang disusun akan diedarkan selaras dengan kapasiti teknologi. Artikel, video, seminar, webinar dan sebagainya akan disalurkan kepada pelabur dalam bentuk yang paling mudah difahami.

Khidmat Bantuan 24 jam 


Kami menyediakan khidmat bantuan pelanggan 24 jam dari hari Isnin-Jumaat untuk menerima soalan anda dan memberi penyelesaian. Anda juga boleh menghubungi kakitangan khidmat bantuan kami di waktu tengah malam untuk bantuan.

 
Anda boleh mencari produk dagangan kami disini